Wednesday, July 18, 2007

Projek Gajah Putih....

Setiap wakil rakyat yang baru naik akan cuba membangunkan negeri dan kawasan mengikut corak kepimpinan masing-masing.Setiap kawasan parlimen dan DUN akan dimajukan dengan pelbagai projek baru melalui peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pusat. Namun ada sesetengah projek dan bangunan yang dibina hanya digunakan untuk acara tertentu seterusnya menjadi gajah putih yang tersergam indah dan akan dimamah usia. Dinegeri Kedah, selepas naiknya Menteri Besar yang baru, Dato'Seri Mahadzir Khalid telah membuka beberapa lembaran projek yang menelan kos jutaan ringgit yang dibina pada zaman pemimpin terdahulu. Contohnya Marina Harbour di Kuala Kedah.Indah tapi sunyi.
Namun pada hari ini ada beberapa projek baru yang turut sepi dari dikunjungi orang seperti Pusat Akuatik di Gunung Keriang yang dibina untuk SUKMA 2006.Manakala projek -projek bangunan baru pula tidak dapat digunakan mengikut jadual lantaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan..Sampai bila kepincangan dalam projek mega ini akan diatasi sepenuhnya? (bersambung)

No comments: