Tuesday, August 28, 2007
50 Tahun Lagi.... Ingatkah Kita?
3 hari saja lagi,kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50. Dapat kita lihat banyak iklan-iklan yang ditayangkan memaparkan semangat dan perjuangan orang dahulu menuntut kemerdekaan.Pada tahun ini banyak sekali pihak-pihak korporat yang membuat iklan kemerdekaan berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan memang kita akui hampir semuanya memaparkan mesej perpaduan antara kaum yang melibatkan kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi generasi muda yang lahir lepas merdeka seperti saya, saya tidak pernah melihat wajah sebenar Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn serta beberapa pejuang yang seperti Mat Kilau, Leftenan Adnan dan beberapa nama yang masih dapat dibaca dalam buku sejarah. Yang saya kenal dan dapat lihat ialah Tun Mahathir dan Pak Lah yang merupakan pemimpin masih ada pada hari ini.Namun saya masih dapat melihat anak-anak mereka seperti Dato'Seri Najib,Dato Seri Hishammuddin dan beberapa orang lagi anak-anak pemimpin dizaman bapa saya.Bagaimana dengan 50 tahun akan datang? adakah anak-anak kita dan cucu-cucu kita akan mengenangkan perjuangan insan-insan yang memperjuangkan kemerdekaan..yang dapat diingati hanya nama dan jasa-jasa mereka. Kalau kita lihat bapa dan datuk kita begitu sentimental bila bercakap mengenai kemerdekaan dan kekejaman Jepun kerana mereka merasai penderitaan dan mereka ada disaat Merdeka! Merdeka! Merdeka! dilaungkan oleh Tuanku Abdul Rahman. Dizaman saya pada sambutan bulan kemerdekaan ,lakonan semula telah dibuat dan Dato' Jalaluddin Hassan telah melakonkan watak Tuanku Abdul Rahman, bagaimana 50 tahun akan datang?Apa yang anak cucu kita akan tahu mengenai kemerdekaan hanyalah dari buku sejarah dan dari lakonan semula, adakah semangat sayangkan negara, semangat untuk mempertahankan negara akan masih kuat seperti hari ini?...kita takut semangat untuk mempertahankan kedaulatan negara akan hilang ditelan masa..sedangkan pada masa ini telah muncul ramai insan2 yang telah menghentam, memperlekehkan dan sesuka hati memalukan negara sendiri? bagaimana 50 tahun lagi? apakah Melayu masih menjadi tuan? apakah melayu masih mendapat keistimewaan?dimanakah perjuangan nenek moyang kita 50 tahun akan datang?