Tuesday, July 17, 2007

Ketepatan laporan media.

Membaca laporan akhbar hari ini berkaitan nahas pesawat Nuri TUDM yang mengorbankan Kapten Nor Asyikin,ibubapa kepada mangsa melahirkan rasa terkilan diatas berita jam 1pm yang disiarkan oleh RTM yang menyatakan anak mereka ditemui selamat namun sejurus kemudian pada jam 1.30 pm mereka menerima ucapan takziah dari pihak TUDM.

Reputasi RTM selaku pelapor berita utama dengan motto terkini dan mutakhir dikhuatiri tercalar ekoran kejadian salah lapor yang melibatkan nyawa wira negara kita. Bapa kepada mangsa melahirkan rasa terkilan dan meluahkan situasi ini bukan seperti senario bolasepak negara yang hari ini menang dan esok kalah,tetapi ini melibatkan soal nyawa.

Pada pendapat saya, kejadian sebegini bukanlah pertama kali dilakukan pemberita RTM tetapi sudah acap kali dan seiring dengan sambutan ke 60 tahun RTM yang disifatkan sudah menjangkaui suatu pengalaman yang panjang,kejadian sebegini harus diminimumkan..

Wartawan yang dipilih untuk bekerja di RTM biarlah yang terbaik dari fakulti masing-masing dan jangan menggajikan wartawan baru tangkap muat.Bagaimana RTM harus bersaing dengan stesen TV swasta yang lebih berilmu, berpengalaman dan agresif?

Selain itu, wartawan yang dihantar ke tempat nahas penting sebegini biarlah yang mahir dan berpengalaman kerana kejadian ini menjadi perhatian seluruh rakyat dan banyak hati yang perlu dijaga.Jabatan berita RTM harus dikaji semula dengan menempatkan orang baru yang lebih peka supaya RTM akan dapat bersaing dengan stesen lain.













































































































































































1 comment:

AkuPunyaPendapat said...

Namanya pun dah 60 tahun. Sah-sah dah tua & nyanyuk....